NILAI: Cubaan seorang wanita menyeludup masuk kokain hitam seberat 6.7 kilogram (kg) bernilai RM1.34 juta gagal, apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 6 Nov lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad berkata keldai dadah berusia 39 tahun itu ditahan pada 4 petang dan hasil pemeriksaan menemukan dua kepingan getah berwarna hitam tersembunyi dalam dua bagasi.
"Modus operandi sindiket adalah mencampurkan kokain biasa dengan bahan kimia lain dengan menggunakan teknik suntikan acuan," katanya kepada pemberita di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di sini hari ini.
Katanya teknik itu menghasilkan kepingan getah hitam untuk dijadikan pelapik dalam bagasi manakala campuran bahan kimia itu bagi meneutralkan bau kokain supaya tidak dapat dikesan pihak berkuasa dan anjing pengesan.
Sazali berkata modus operandi itu pertama kali dikesan pihaknya dan suspek yang menaiki penerbangan dari Dubai juga pertama kali masuk ke negara ini.
Beliau berkata suspek menerima upah kira-kira ASD 500 (RM2,293) bagi membawa masuk dadah tersebut.
Dalam kes berasingan Sazali berkata seorang jurusolek warga tempatan, 26, ditahan menyeludup rokok elektronik (vape) dan cecair vape mengandungi ganja menerusi perkhidmatan kurier di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 10 Nov lepas.
Beliau berkata bungkusan itu diikrar sebagai barangan solekan, namun berisi 50 vape, 50 cecair vape yang mengandungi minyak ganja, serta ganja seberat 850 gram bernilai RM15,000.
Selain itu, Sazali berkata JKDM turut menyita sebuah kotak mengandungi 400 mangkuk besi yang telah diubah suai untuk menyembunyikan peket lut sinar mengandungi methamphetamine seberat 6.3kg bernilai RM230,000 di kargo KLIA pada 8 Nov.
Beliau berkata jabatan itu juga mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis methamphetamine yang disorok dalam sembilan peket teh herba Cina seberat 9kg bernilai RM324,000 di kargo KLIA pada 23 Okt kira-kira 6 petang.
Beliau berkata kedua-dua sindiket itu menggunakan maklumat pengeksport palsu dan JKDM sedang giat mengesan suspek terlibat.
Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022
Hasil pemeriksaan menemukan dua kepingan getah berwarna hitam tersembunyi dalam dua bagasi dibawa suspek wanita terbabit. - Gambar Bernama
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Diserang sawan selepas telan ratusan bungkusan kokain, lelaki maut sewaktu penerbangan
Seorang lelaki Jepun telah meninggal dunia setelah menelan 246 beg kokain dalam perjalanan menuju ke negara asalnya dari Mexico City.